KUALA TERENGGANU: Pemilik akaun Facebook palsu, ‘Dato Talahah’ dilihat sangat beremosi sehingga dia sendiri telah mengalihkan kepada isu yang dibawa Naib Pengerusi (ALUMNI) 4B Negeri Terengganu,
Muhd Suza Amsyari Sulaiman ke arah serangan peribadi.
Muhd Suza yang dikenali Cikgu Suza berkata, beliau mendapati Dato Talahah telah mengaitkan jawatan kerjayanya sebagai pensyarah dan mengheret pula kepada tuduhan keinginannya menjadi calon UMNO.
Menurutnya, tindakan pemilik akaun Facebook palsu itu terkesan dan beremosi selepas membaca catatan peribadinya, baru-baru ini.
“Sangat faham, permainan naratif dan persepsi mereka ini adalah terlalu terarah kepada kepentingan sokongan politik kepartian yang mereka sokong, bukan untuk berbicara tentang kepentingan politik untuk rakyat serta negeri Terengganu.
“Tidak pelik, kerana itulah nilai mereka dan sekaligus menyerlahkan, siapa sebenarnya mereka untuk tatapan rakyat negeri Terengganu sekalian,” katanya dalam catatan terbaharu di Facebooknya, semalam.
Sebaliknya, Muhd Suza berkata, beliau lebih suka memilih untuk menyuburkan suasana politik yang lebih terbuka lagi matang bagi membawa seluruh rakyat Terengganu untuk sama-sama memikirkan dan merenung tentang nasib kite dibumi tercinta ini..
“Saya menggunakan pentas di luar kerjaya utama iaitu sebagai seorang pemimpin NGO terbesar di negeri Terengganu iaitu sebagai Naib Pengerusi (Muda) Alumni 4B Negeri Terengganu.
“Saya juga tidak memilih untuk menyorokkan segala identiti siapa diri saya, (malah) saya menggunakan nama saya yang sebenar dan menggunakan gambar wajah saya yang sebenar, kerana apa?, kerana saya ikhlas
dalam perjuangan bagi memartabatkan maruah rakyat dan negeri yang tercinta iaitu Terengganu Darul Iman,” ujarnya.
Beliau menambah, setiap catatan dan ungkapan melalui Facebook ataupun TT peribadi pula sedia bertanggungjawab dan sanggup berdepan dengan segala risiko yang perlu dihadapi demi tujuan yang dinyatakan tadi serta bukan bersifat kepentingan peribadi semata.
“Tidak seperti Dato Talahah suka menggunakan identiti yang tidak betul, berselindung ataupun lebih disebut sebagai berstatus ‘fake’,” katanya.
Jelasnya, sebagai seorang warganegara Malaysia dan warganegeri Terengganu yang bertanggungjawa, beliau telah meminta Dato Talahah untuk memperkenalkan dirinya sebenar dan gambarnya yang digunakan itu ada pemiliknya yang sebenar serta sah.
“Kepada Dato Talahah tidak perlu takut dan bimbang jika apa yang mereka katakan itu adalah benar? Kenapa perlu takut dan bimbang jika tuduhan yang dibuat itu adalah bukan fitnah lagi benar?,” katanya.
Dalam pada itu, Muhamad Muhd Suza berkata, rakyat Terengganu sebelum ini lebih suka mendengar dan membaca maklumat yang lebih sahih lagi tepat.
“Bukannya yang bersifat tohmahan lagi berbaur adu domba dan apatah lagi bersifat fitnah, sebab itu jugalah, saya berani katakan segala usaha ini sebenarnya adalah tidak bertanggungjawab dan lebih kepada provokasi murahan untuk membawa ke arah suasana masyarakat yang tidak tenteram lagi harmoni.
“Anda (Dato Talahah) telah menggambarkan diri anda adalah tidak menyahut seruan yang sedang dibawa oleh pihak pimpinan Kerajaan Pas Terengganu dalam menegakkan slogan perjuangan Islam yang sebenar sekaligus mengagalkan hasrat YAB Dr Sam untuk menjadi negeri ini sebagai Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera.
“Kepada Dato Talahah, maaf saya katakan saya tidak perlu melayan kehendak anda adalah kerana anda tidak pernah bersikap jujur lagi ikhlas kepada rakyat dan negeri Terengganu.
“Jika anda adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang diberi segala keistimewaan sebagai manusia, anda pasti tidak sanggup membiarkan dan melihat keadaan rakyat serta negeri Terengganu ini berada dalam keadaan yang penuh rasa curiga dan syak wasangka sesama rakyat marhein selepas segala apa yang telah anda lontarkan untuk tatapan rakyat Terengganu.
“Adakah ini adalah sebuah sikap yang bertanggungjawab? Adakah ini adalah ajaran yg diterapkan dalam agama Islam? Sungguh memalukan.
“Kepada rakyat Terengganu pula, saya nasihatkan jadilah sebuah masyarakat yang berfikiran waras dan berakal seperti yang dituntut oleh ajaran agama Islam melalui ayat 6, surah Al-Hujurat yang mengajak kite untuk sama-sama lakukan tabayyun apabila kita dihampiri oleh orang-orang Fassiq,” tambahnya. – Suara Timur