Politik

Kes salah guna wang rakyat di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah menolak rayuan isteri kepada bekas Exco kerajaan Terengganu (2018-2023) dan mengesahkan keputusan untuk melucut hak (merampas) sebuah Proton X70

Kes ini berpusat pada tindakan seorang individu bernama Abdul Ahad Khan, yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Hygenia Sdn Bhd.

Mahkamah mendapati Abdul Ahad telah menyalahgunakan dana milik syarikatnya sebanyak RM3.875 juta untuk kepentingan peribadi.

Daripada dana yang diseleweng itu, sejumlah RM115,000 telah digunakan secara spesifik untuk membeli kereta Proton X70 tersebut. Kereta itu kemudian didaftarkan terus atas nama isteri EXCO kerajaan Terengganu tersebut

Kesalahan ini juga berkaitan EXCO kerajaan itu, yang pada masa itu merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Yayasan Terengganu

Mahkamah mendapati wujudnya “urusan rasmi” antara Abdul Ahad Khan dengan EXCO tersebut. Oleh itu, pembelian kereta yang didaftarkan atas nama isteri EXCO itu dianggap sebagai penerimaan benda berharga oleh seorang penjawat awam daripada individu yang mempunyai urusan rasmi dengannya.

Sepanjang rekod admin, ini adalah kali pertama mahkamah mengenakan hukuman ke atas satu kesalahan rasuah/salahguna kuasa yang berkaitan langsung dengan seorang ADUN di Terengganu.  – Greater Terengganu Development

Related Posts