Home NasionalJelaskan mengapa elektrik tinggi

Jelaskan mengapa elektrik tinggi

oleh suara timur

DI media sosial sedang kecoh tentang peningkatan bil elektrik yang didakwa melambung tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada masa ini, tiada sebarang penjelasan yang dibuat berhubung perkara tersebut.

Namun antara kemungkinan berpunca daripada perubahan mekanisme pelarasan kos tenaga dan corak penggunaan domestik.

Walaupun tarif asas elektrik tidak berubah, beberapa faktor luaran dan mekanikal telah menyebabkan jumlah yang perlu dibayar oleh pengguna meningkat dengan ketara.

banner

Pada April lalu, Suruhanjaya Tenaga (ST) memberi jaminan kira-kira 85 peratus isi rumah domestik tidak akan mengalami kesan besar terhadap bil elektrik mereka susulan pelaksanaan Insentif Cekap Tenaga, di tengah-tengah krisis tenaga global.

Insentif untuk pengguna kediaman akan kekal pada skala pengurangan bagi penggunaan hingga 1,000 kilowatt-jam (kwj) dan kekal neutral bagi penggunaan hingga 600kwj.

Insentif untuk pengguna kediaman akan kekal pada skala pengurangan bagi penggunaan hingga 1,000 kilowatt-jam (kwj) dan kekal neutral bagi penggunaan hingga 600kwj.

Permintaan tinggi tenaga turut didorong oleh fenomena La Nina yang menyebabkan cuaca panas berlaku pada ketika ini.

Bagaimanapun, pihak berkaitan sewajarnya tampil untuk memberikan penjelasan kepada rakyat tentang peningkatan bil elektrik.

Berdasarkan faktor-faktor ini, memang sudah dijangka kenaikan bil elektrik.

Namun adalah sebaiknya pihak berkaitan supaya tampil membuat penjelasan berhubung perkara tersebut. – Sinar Harian

Tinggalkan komen