Politik

Gear kerajaan Terengganu kena ‘overhaul’

KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu teruja apabila Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan kerajaan negeri di bawah kepimpinannya mahu memasuki gear tiga sejurus mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada penggal kedua selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan Ogos 2023 lalu.

Keyakinan rakyat terhadap Ahmad Samsuri dan barisan Exco kerajaan negeri cukup tinggi untuk melihat kerajaan negeri bergerak laju setelah memasuki gear tiga memandangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tidak mempunyai pembangkang selepas Pas berjaya menyapu bersih 32 kerusi pada PRN itu.

“Jika penggal pertama lalu, saya membawa kenderaan pada ‘gear satu’, kali ini terus masuk gear tiga,” tegas Ahmad Samsuri penuh yakin.

Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri akan lebih agresif dan bergerak laju berbanding penggal lepas dalam usaha merangka pelan secara komprehensif di negeri ini.

Rakyat bumi ‘Darul Iman’ selepas itu tertunggu-tunggu berita gembira mengenai kerancakan pembangunan di negeri itu.

Namun, setelah hampir dua penggal menerajui Terengganu, gear kendeeaan yang dipancu Ahmad Samsuri telah ‘pecah’ dan perlu ‘dioverhaul’.

Kerajaan negeri itu didapati bergerak perlahan apabila Ahmad Samsuri dan Exco kerajaan negeri lemah memacu ekonomi negeri.

Ini terbukti apabila Terengganu berada di kedudukan kedua terakhir mengikut data kelulusan pelaburan bagi negeri-negeri di Malaysia, dengan jumlah kelulusan pelaburan hanyalah RM399.7 juta pada 2024.

Prestasi kerajaan Terengganu lemah apabila
hanya berada di atas Perlis iaitu negeri terkecil di Malaysia iaitu sebuah negeri yang tidak mempunyai pelabuhan dan lapangan terbang.

Daripada jumlah tersebut pula, hanya RM4.7 juta datang daripada pelaburan asing sementara RM395 juta lagi datang daripada pelaburan tempatan.

Pelaburan yang rendah itu memberi kesan kepada kutipan hasil cukai kerajaan negeri.

Lebih memalukan Terengganu juga satu-satunya negeri yang mengunjurkan kutipan hasil negatif pada tahun 2025 berbanding hasil 2018.

Pada tahun 2025 ini, rakyat negeri itu mahu Ahmad Samsuri dan barisan Exco. berhenti berlamunan dan ‘syok sendiri’ sebaliknya bekerja lebih agresif memajukan ekonomi negeri. – Suara Timur

Related Posts