Oleh MUKHATAR A RAHMAN
KEMAMAN: Isteri kepada dua nelayan yang dipercayai hilang di laut ketika keluar menangkap ikan Selasa lalu menaruh harapan agar suami mereka ditemukan dalam keadaan selamat.
Kedua mereka berharap dua nelayan terbabit dapat ditemukan dalam masa terdekat dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
Isteri kepada salah seorang nelayan berkenaan, Azan Muda, Salma Abdullah, 65, berkata,

Katanya, suaminya itu turun ke laut pada Selasa lalu bersama dua lagi rakannya seperti biasa untuk menangkap ikan.
“Sepatutnya suami saya pulang pada pagi semalam namun sehingga pukul 11 pagi semalam dia cuba menghubungi suaminya itu namun gagal.

“Namun selepas itu saya dimaklumkan anak lelaki saya bot dinaiki suami saya itu tenggelam di laut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu,, isteri kepada seorang lagi nelayan terbabit, Nor Azizah Rani, 45, menaruh harapan agar suaminya dapat ditemukan dengan selamat dan kembali ke pangkuan keluarga.

Menurut Nor Azizah, dia jarang menghubungi suaminya itu lebih-lebih lagi ketika dia berada di laut kerana urusan kerja kali terakhir bertemu pada pagi Selasa lalu sebelum suami turun ke laut.
“Saya berdoa semoga suami saya dan rakan dia ditemukan dengan selamat,” katanya.

Sementara itu Pengarah Maritim Zon Kemaman, Abdul Halim Hamzah ketika dihubungi berkata, Kapal Maritim KM Bagahak dan bot Penggalang 16 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), telah diatur gerak ke lokasi kejadian bagi melaksanakan pencarian di sekitar kawasan berkenaan yang masuk hari kedua.
Operasi CARILAMAT mangsa diteruskan pagi ini merangkumi 30.95 batu nautika persegi dengan bantuan tiga buah bot nelayan tempatan di sekitar lokasi bot itu dipercayai karam dan sehingga pukul 2 petang ini pihaknya masih belum ada menemukan sebarang petanda.
Seramai 50 orang termasuk 6 anggota Bot Penggalang 16, KM Bagahak 14 anggota, 4 anggota Tim PHC (Primary Health Care / Pasukan Kesihatan Bergerak) dan 26 orang nelayan tempatan.
Dalam kejadian semalam bot dinaiki tiga nelayan terbabit dipercayai tenggelam selepas dibadai ribut di perairan Kemaman dan salah seorang daripada mereka berjaya diselamatkan bot nelayan lain sementara dua lagi dikhuatiri hilang.
Dua nelayan yang masih hilang ialah Azan Muda, 68 tahun dari Kampung Geliga Kemaman yang juga tekong bot dan seorang lagi Nordin Mohammad, 61, dari Paka, Dungun. – Suara Timur.
