Oleh MUKHATAR A RAHMAN
KEMAMAN: Seorang ibu maut manakala anak perempuan serta anak saudaranya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di kilometer 123 Jalan Kuala Terengganu ā Kuantan berhampiran pekan Kemasik dekat sini hari
Dalam kejadian pada 1.40 tengah hariĀ mangsa, Mariana Mat Hassan, 47, meninggal dunia di lokasi kejadian oleh selepa cedera parah pada kepala.
Anak perempuan mangsa, Tuan Nur Aina Syifa Tuan Ab Rahman, 10, mengalami patah tangan kiri dan kaki kiri manakala anak saudara mangsa Nur Alfira Miqaila Mohd Hilmi, 7 cedera di tangan dan kaki kiri.
Ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Beat dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasik selepas menjemput anak dan anak saudaranya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik.
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menunggang secara melawan arus sebeluml melanggar sebuah lori yang sedang bergerak di lorong sebelah kiri jalan.
Pemandu lori berkenaan Samsuhaimi Johari, 40, dari Kampung Baru Seri Aman, Johor Bharu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat manakala anak dan anak saudara mangsa diberikan rawatan di hospital sama.
Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. āĀ Suara Timur
