KUALA KRAI: Peristiwa hitam diserang gajah liar sehingga hampir meragut nyawa tidak mematahkan semangat Zainab Mat Husin, 62, untuk bangkit meneruskan kehidupan, meskipun tubuhnya masih berasa sakit selain parut luka akibat insiden berkenaan.
Zainab berkata, semangat dan sokongan yang diberikan oleh anak-anak, saudara-mara serta rakan sekampung menjadi sumber kekuatannya untuk terus bertahan dan pulih selepas tragedi ngeri itu.
“Akibat insiden itu, mak cik sudah menjalani beberapa pembedahan termasuk membuang daging buruk di bahagian paha kanannya untuk mengelak jangkitan kuman,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Laloh, di sini, hari ini.
Katanya, sepanjang lebih dua bulan dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, apa yang lebih memilukan ialah pengorbanan anak sulungnya, Nazri Mat Husin, 46, yang sanggup berhenti kerja sebagai pemandu bas di Kuala Lumpur demi menjaga dan memastikan dia mendapat penjagaan rapi.
“Nazri sanggup berhenti kerja dan balik ke kampung semata-mata mahu menjaga mak cik di hospital. Hati mak cik sebak, tetapi dalam masa yang sama bersyukur kerana ada anak sebaik dia yang sanggup berkorban apa sahaja.
“Kini penjagaan harian diambil alih oleh cucu, Muhammat Nuqman Hanafi Nazri, 17, selepas ayahnya (Nazri) mendapat pekerjaan baru dan mak cik yang minta dia pergi kerja semula kerana ada keluarga yang perlu ditanggung,” katanya.
Zainab berkata, keadaan kesihatannya semakin beransur pulih walaupun masih perlu bergantung kepada tongkat untuk berjalan berikutan kesakitan berterusan yang dialami di bahagian pinggang kesan ditusuk gading gajah selain kedua-dua belah kakinya masih sembab.
“Mak cik bersyukur kerana masih diberi peluang kedua untuk hidup meskipun masih trauma sehingga ke hari ini akibat serangan gajah itu terutamanya ketika melakukan kerja di dapur atau ke tandas kerana kejadian itu berlaku tidak jauh dari rumah.

“Kadang-kadang apabila terbayang saat itu, mak cik jadi takut, rasa macam gajah itu masih ada berhampiran,” katanya.
Katanya, selepas hilang punca pendapatan disebabkan tidak lagi mampu menoreh getah akibat kecederaan yang dialami, dia bersyukur apabila menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM600 sebulan yang boleh digunakan untuk membeli keperluan selain meringankan beban ditanggung.
“Walaupun mempunyai anak, mak cik tidak mahu menyusahkan mereka kerana bukan dalam kalangan orang senang selain masing-masing mempunyai keluarga yang perlu ditanggung, jadi mak cik mengambil keputusan untuk menoreh getah dan menjual kuih untuk menyara diri,” katanya.
Pada 20 Mac lalu, wanita itu parah di kedua-dua belah tangan, yang mana pergelangan tangan kanannya hampir putus dan paha kanannya terkoyak diserang gajah liar ketika menoreh getah di belakang rumahnya di Kampung Laloh.
Dalam masa sama, seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turut mengalami kecederaan pada lutut kanan akibat di tusuk gading gajah liar di lokasi berasingan di kawasan penempatan Laloh, Kuala Krai. Harian Metro