KUALA LUMPUR: Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan pemimpin Malaysia kelima yang akan disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Difahamakan, Makam Pahlawan hanya memiliki sebanyak tujuh ruang dan seramai empat pemimpin telah disemadikan di sini.
Antara pemimpin yang disemadikan di sini sebelum ini ialah Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein, Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn serta bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail dan Tun Ghafar Baba.
Jenazah Allahyarham Tun Abdullah kini berada Dewan Solat Utama, Masjid Negara untuk penghormatan terakhir bermula pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Seterusnya, jenazah Perdana Menteri ke-5 itu akan disembahyangkan selepas solat zuhur sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan.
Terdahulu, Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 7.10 malam semalam selepas mengalami masalah pernafasan. – Kosmo