Negara

Selepas 3 dekad, Sri Pentas ditutup sepenuhnya di Bandar Utama

KUALA LUMPUR: Bangunan Sri Pentas di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor ditutup sepenuhnya untuk operasi berita rangkaian televisyen Prima Berhad (Media Prima) berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas fasa terakhir perpindahan kakitangan ke Balai Berita The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Bangsar di sini, selesai pada 17 Februari lalu.

Selepas beroperasi lebih tiga dekad di Sri Pentas, Media Prima secara rasmi bersiaran penuh di Balai Berita NSTP Bangsar mulai 21 Oktober 2024.

Kini rangkaian televisyen berkenaan bekerja di bawah satu bumbung dengan semua platform media NSTP yang menempatkan jenama di bawah Media Prima seperti Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.

Selepas beroperasi lebih tiga dekad di Sri Pentas, Media Prima secara rasmi bersiaran penuh di Balai Berita NSTP Bangsar mulai 21 Oktober 2024.

Kini rangkaian televisyen berkenaan bekerja di bawah satu bumbung dengan semua platform media NSTP yang menempatkan jenama di bawah Media Prima seperti Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times. – Harian Metro

Related Posts