Home NegeriLori muatan bakul buah dinaiki suami isteri terjunam ke kawasan tanah runtuh

Lori muatan bakul buah dinaiki suami isteri terjunam ke kawasan tanah runtuh

oleh suara timur

HULU TERENGGANU: Pasangan suami isteri bernasib baik apabila terselamat selepas lori dinaiki terjunam ke kawasan tanah runtuh di Jalan Aring 8 – Kenyir – Kuala Jeneris, berhampiran Sungai Deka Elephant Conservation di sini pada Khamis.

​Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, kenderaan membawa muatan bakul buah itu dipandu lelaki berusia 57 tahun bersama isterinya yang berusia 55 tahun.

Menurutnya, ketika kejadian pasangan tersebut dalam perjalanan dari rumah mereka di Pekan Ajil menghala ke Kuala Krai, Kelantan untuk mengambil bekalan buah-buahan.

​”Bagaimanapun, semasa berada di luar kenderaan sekitar jam 3.40 petang, lori berkenaan secara tiba-tiba meluncur terus ke dalam kawasan tanah runtuh dipercayai akibat kerosakan pada sistem brek,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

banner


​Mengulas lanjut, Sharudin berkata, lokasi kejadian merupakan laluan Persekutuan dua lorong dua hala di kawasan tanah runtuh yang sebenarnya telah diwartakan tutup untuk semua kenderaan.

“​​Tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan pemandu serta penumpang.

“Bagaimanapun, kesan kejadian menyebabkan bahagian belakang lori serta pagar penghadang rosak selain bahagian hadapannya remuk,” ujarnya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Sinar Harian

Tinggalkan komen