Negara

Lebih 8.6 juta rakyat terima STR Fasa 3 mulai esok

PUTRAJAYA: Lebih 8.6 juta rakyat akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mulai esok melibatkan peruntukan berjumlah RM2 bilion sebagai langkah meringankan kos sara hidup isu rumah berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap individu berkelayakan akan menerima bayaran sehingga RM650 dengan peningkatan penerima seramai 300,000 daripada 8.3 juta penerima bagi Fasa 1 pada Januari lalu.

Menurut beliau, peningkatan ini hasil daripada langkah Kerajaan Madani membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang layak.

“Pembukaan permohonan dan rayuan sepanjang tahun menunjukkan Kerajaan Madani tidak mengambil enteng amanah yang dipikul untuk meningkatkan maslahat rakyat terbanyak. – Kosmo

Related Posts