Home Mahkamah dan JenayahPolis tembak mati penjenayah aktif samun, seludup senjata api

Polis tembak mati penjenayah aktif samun, seludup senjata api

oleh suara timur

KUALA LUMPUR: Polis menembak mati seorang lelaki yang dikesan aktif dalam kegiatan samun bersenjata api di Besut, Terengganu, awal pagi tadi.

Siasatan awal mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah dan pernah ditahan atas kesalahan menyeludup senjata api, melakukan samun dan dadah.

Kesalahan ini dikesan dilakukan di sekitar Kelantan termasuk di Pasir Puteh dan Pasir Mas.

banner

Pada masa ini, pemeriksaan lanjut sedang dijalankan oleh Polis Kontinjen Terengganu dan Unit Forensik Polis.

Difahamkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin, akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat. – Berita Harian

Tinggalkan komen