Home NegeriLebih lima tan sampah berjaya dikumpul pada Program Kawalan Denggi

Lebih lima tan sampah berjaya dikumpul pada Program Kawalan Denggi

oleh suara timur

Oleh MUKHATAR A RAHMAN

KEMAMAN: Lebih lima tan sampah berjaya dikumpul sempena Program Kawalan Denggi
Di Kawasan Perumahan Kampung Jaya, Cukai dekat sini hari ini.

Pengerusinya, Badeli Mamat berkata, program selama tiga jam yang berakhir pada pukul 11 pagi berjaya mengumpul pelbagai jenis bahan buangan termasuk basikal dan tayar buruk.

“Alhamdulillah sambutan dan kerjasama penduduk Kampung Jaya amat menggalakan dan hari ini kami memeriksa pasu bunga, tayar buruk, tin kosong, atau bekas yang boleh menakung air hujan dan buang barang terpakai ke dalam tong sampah atau pusat kitar semula yang betul.

banner
PESERTA gotong-royong mengutip dan membuang tayar terpakai pada  Program Kawalan Denggi Di Kawasan Perumahan Kampung Jaya, Cukai, Kemaman, hari ini. – SUARA TIMUR

“Program gotong-royong berkenaan memberi tumpuan kepada usaha menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan berisiko tinggi, di samping memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pencegahan denggi,” katanya ketika ditemui Suara Timur hari ini.

Program Kawalan Denggi Di Kawasan Perumahan Kampung Jaya itu dianjurkan
Unit Vektor Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Jaya, Klinik Kesihatan Batu 2 ½, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS), Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Kontraktor Pembersihan MPK dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Batu 2 ½,

Hadir sama Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Azri A. Latip dan Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Batu 2 ½, Wan Norsuriya Wan Mokhtar.

SEBAJAGIAN sampah yang berjaya dikutip peserta pada Program Kawalan Denggi Di Kawasan Perumahan Kampung Jaya, Cukai, Kemaman. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A RAHMAN

Pada masa sama, Badeli berkata, orang ramai turut diseru supaya sentiasa memainkan peranan dengan memastikan persekitaran rumah sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang situasi air bertakung bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes.

“Usaha bersepadu antara agensi kerajaan dan komuniti itu diharap dapat membantu mengekang penularan kes demam denggi,” ujarnya.

Badeli berkata, pihaknya akan memantau setiap minggu bagi memastikan tiada pembiakan nyamuk aedes di kawasan ini. – Suara Timur.

Tinggalkan komen