Home NasionalBUDI RON95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan

BUDI RON95 dikembalikan kepada 300 liter sebulan

oleh suara timur

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kerajaan setuju mengembalikan kelayakan asas BUDI RON95 dari 200 liter kepada 300 liter sebulan.

Perdana Menteri berkata, ini bermakna lebih 16 juta pengguna akan menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan, sementara lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel layak menerima BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Pada 26 Mac lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan penyelarasan kelayakan BUDI95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April lalu susulan konflik di Asia Barat, dengan harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

banner

Pelaksanaan BUDI RON95 dilaksana secara berfasa bermula 27 September tahun lalu, bermula dengan kira-kira 300,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Fasa kedua yang bermula 28 September pula menyaksikan bantuan subsidi bahan bakar itu diperluas kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Seterusnya pelaksanaan penuh dibuat selang dua hari kemudiannya iaitu pada 30 September, terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak. – Berita Harian

Tinggalkan komen