Mahkamah dan Jenayah

Eda Ezrin dibebaskan hari ini

KOTA BHARU: Penyanyi dikir barat Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin dibebaskan hari ini selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Penjara Pusat Narathiwat.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.

Hakim mahkamah penjara Narathiwat membebaskan penyanyi berusia 30 tahun itu bersama suaminya dan empat individu lain kira-kira jam 11 pagi (waktu Thailand).

Keenam-enam mereka ditahan atas dakwa
memiliki 6,059 pil Yaba tahun lalu.

Eda Ezrin dan lima individu lain ditahan oleh polis Sungai Golok dalam satu serbuan di sebuah hotel pada 1 November tahun lalu.

Pada 6 Mac lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat yang bersidang selama tiga hari bermula 11, 13 dan 14 Februari, membebaskan Eda Ezrin, 30; suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; serta rakan mereka, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil methamphetamine.

Namun pihak pendakwa raya membuat rayuan terhadap keputusan itu dan mahkamah membenarkan permohonan pertama pendakwa raya antara 6 Mac hingga 6 April; kedua (6 April-6 Mei); ketiga (6 Mei-10 Jun); keempat (10 Jun-6 Julai) dan kelima (6 Julai-6 Ogos).

Namun pihak pendakwa raya membuat rayuan terhadap keputusan itu dan mahkamah membenarkan permohonan pertama pendakwa raya antara 6 Mac hingga 6 April; kedua (6 April-6 Mei); ketiga (6 Mei-10 Jun); keempat (10 Jun-6 Julai) dan kelima (6 Julai-6 Ogos).

Sementara itu, bapa Eda Ezrin, Wan Ismail Wan Yusuf, 52, melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya itu bebas hari ini.

Beliau berkata, doanya sekeluarga termakbul apabila anaknya itu yang sebelum ini lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Narathiwat akhirnya bebas.

Katanya, pembebasan itu membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah.

“Alhamdulillah, saya rasa gembira dan akan mengadakan kenduri serta tahlil kesyukuran di masjid berdekatan rumah malam esok.

“Bekas isteri iaitu ibu kepada Eda Ezrin akan menyambut kepulangan anak saya di sana,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – Berita Harian



Related Posts