Home NasionalKibar Jalur Gemilang tanpa bulan, bintang tidak disengajakan

Kibar Jalur Gemilang tanpa bulan, bintang tidak disengajakan

oleh suara timur

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu menyifatkan pemasangan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan dan bintang di Batu Buruk, di sini sebagai kes terpencil dan tidak disengajakan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi jaminan kesilapan sama tidak akan berulang lagi terutama sewaktu menjelang sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-69 tidak lama lagi.

“Saya rasa itu bukan kes yang disengajakan. Apa pun, kita akan lakukan siasatan.

“Perkara itu (pemasangan Jalur Gemilang tidak lengkap) tidak akan berulang lagi, walaupun siapa juga yang memasangnya termasuk orang awam ,” katanya selepas merasmikan Hari Renjer Sedunia peringkat Terengganu di sini, hari ini.

banner

Terdahulu, imej Jalur Gemilang tanpa lambang bulan dan bintang yang dipasang di Batu Burok tersebut tular di media sosial sehingga mencetuskan reaksi ramai sejak Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Lizan Che Mat menjelaskan, Jalur Gemilang berkenaan sebenarnya mempunyai lambang bulan dan bintang namun jahitan bahagian tersebut telah tercabut dipercayai akibat dipukul ribut.

Beliau berkata, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengambil tindakan serta-merta dengan menurunkan bendera berkenaan dan menggantikannya dengan baharu pada Jumaat lalu. – Kosmo

Tinggalkan komen