Home Politik‘Saya kekal ahli Bersatu’ – Razali

‘Saya kekal ahli Bersatu’ – Razali

oleh suara timur

MARANG: “Sekarang saya ahli biasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).”

Itu penegasan bekas Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris yang mengesahkan beliau masih kekal dalam parti berkenaan meskipun melepaskan semua jawatan kepemimpinan yang disandang selepas kira-kira 10 tahun bersama parti itu.


Razali berkata, dia tidak pernah menghantar surat untuk keluar daripada Bersatu, sebaliknya hanya meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Marang dan dalam Badan Pimpinan Negeri.

“10 tahun saya berkhidmat sebagai pimpinan Bersatu. Pada 1 Oktober lalu saya berhenti sebagai pimpinan. Saya jadi ahli biasa sekarang. Saya masih ahli. Saya hanya hantar surat kepada Setiausaha Agung untuk meletak jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Marang. Itu sahaja,” katanya ketika ditemui pada Program Alam Sekitar di Pantai Kelulut, di sini, hari ini.

banner

Razali  bagaimanapun mengakui sedang memikirkan mengenai ‘wadah baharu’ seperti yang disebut dalam hantaran media sosialnya sebelum ini, namun belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti.

“Saya ada fikir, mesti saya ada fikir. Cuma keputusan buat masa sekarang belum lagi. Saya masih lagi berada dalam parti sebagai ahli biasa dan bukan pimpinan,” katanya.

Razali berkata, keputusan untuk kekal sebagai ahli Bersatu juga membolehkannya terus memberikan teguran dan kritikan sekiranya terdapat tindakan atau keputusan parti yang dianggap tidak wajar. – Utusan

Tinggalkan komen