Home NegeriPPKK Batu 2 ½ johan kategori pengucapan  awan Mini Konvensyen PPKK Daerah Kemaman

PPKK Batu 2 ½ johan kategori pengucapan  awan Mini Konvensyen PPKK Daerah Kemaman

oleh suara timur

Oleh MUKHATAR A RAHMAN

KEMAMAN: Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Batu 2 ½, Chukai muncul johan kategori  pengucapan awam pada Mini Konvensyen PPKK Daerah Kemaman 2026 di Dewan Dato’ Seri Tuan Guru, Darul Iman Training Centre (DITC), Telok Kalong, dekat sini hari ini.

Program Mini Konvensyen PPKK Daerah Kemaman 2026 ini merupakan mini konvensyen yang julung kali diadakan di daerah ini dan pertama di Terengganu pada tahun ini yang menggabungkan semua Sembilan PPKK dalam daerah ini.

Sementara itu PPKK Kuala Kemaman dan PPKK Kerteh memenangi naib johan dan tempat ketiga bagi kategori pengucapan awam itu.

banner
Empat dari kiri, Pengerusi PPKK Daerah Kemaman, Abdul Hadi Muhammad, Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr. Mohd Shafik Abd. Majid dan Pengerusi PPKK Batu 2 ½, Wan Norsuriya Wan Mokhtar  hadir pada Mini Konvensyen PPKK Daerah Kemaman 2026 di Telok Kalong, Kemaman, hari ini. – SUARA TIMUR/MUKHATAR A RAHMAN

Sebanyak empat PPKK menyertai pertandingan dalam kategori pengucapan awam, lima PPKK kategori poster dan sembilan PPKK kategori reruai pameran.

Bagi kategorireruai pameran, johan adalah PPKK Kemasik dan diikuti PPKK Chukai dan PPKK Kijal sebagai naib johan dan tempat ketiga.

PPKK Chukai muncul sebagai johan pertandingan kategori poster diikuti PPKK Kuala Kemaman dan PPKK Cheneh sebagai naib johan dan tempat ketiga.

Program tersebut dirasmikan Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr. Mohd Shafik Abd. Majid.

PENGERUSI PPKK Batu 2 ½, Wan Norsuriya Wan Mokhtar  menunjukan sijil penghargaan yang dimenangi pada Mini Konvensyen PPKK Daerah Kemaman 2026.

Hadir sama, Pegawai Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Dr. Hanis Ahmad dan Pengerusi PPKK Daerah Kemaman, Abdul Hadi Muhammad.

Program Mini Konvensyen PPKK Daerah Kemaman 2026 ini tidak hanya merupakan platform untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman, tetapi juga merupakan medan kemuafakatan antara sukarelawan PPKK dengan anggota kesihatan.

Selain itu, program berkenaan juga memupuk dan menyemarakkan semangat sukarelawan untuk meningkatkan lagi usahasama dalam meningkatkan mutu kesihatan masyarakat.

Mini Konvensyen PPKK Daerah Kemaman 2026 ini amenjadi  platform bagi semua ahli PPKK untuk bertukar idea, berkongsi pengetahuan dan memperkaya pengalaman melalui persembahan projek masing-masing.

Antara PPKK yang mengambil bahagian Mini Konvensyen PPKK Daerah Kemaman 2026 ini adalah PPKK Batu 2 ½, PPKK Chukai, PPKK Kemasik, PPKK Air Putih, PPKK Kijal, PPKK Kuala Kemaman, PPKK Kerteh, PPKK Cheneh dan PPKK Seri Bandi. – Suara Timur

Tinggalkan komen