Home NasionalCik Man meninggal dunia hari ini

Cik Man meninggal dunia hari ini

oleh suara timur

KOTA BHARU: Pelakon filem dan drama Kamarool Hj. Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham yang terkenal dengan watak berkenaan melalui filem Rock dan Rock Oo itu meninggal dunia pada pukul 5.15 petang semasa menerima rawatan di Hospital Tanah Merah.

Sebelum itu, Allahyarham dimasukan ke Hospital Tanah Merah akibat masalah jantung.

Sementara itu pelakon dan pelawak tanah air Amir Raja Lawak memuatnaik khabar duka mengenai pemergian pelakon berusia 65 tahun ini.

banner

“Semoga arwah abang Kamarool ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Selain Gila-Gila Remaja, Che Man turut popular melalui watak Chomprak bomoh siam menerusi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi.- Utusan

Tinggalkan komen