Home PolitikPRN N9: BN menang 18 kerusi daripada 38 kerusi DUN

PRN N9: BN menang 18 kerusi daripada 38 kerusi DUN

oleh suara timur

SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) memperoleh 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 11 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi.

“Seramai 646,084 pengundi atau 72.64 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab pada PRN Negeri Sembilan kali ini merangkumi pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa,” katanya pada sidang media malam tadi.

Keputusan rasmi PRN Negeri Sembilan Ke-16.

Beliau berkata secara keseluruhannya, SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

banner


Sejumlah 36 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN kali ini, yang melibatkan 103 calon, dan sebanyak 859,760 pemilih berdaftar termasuk 7,391 pengundi pos layak mengundi.

Pada edisi PRN Negeri Sembilan ke-15, PH memenangi 17 kerusi DUN diikuti BN (14) dan PN (lima).

Tinggalkan komen