Home Mahkamah dan JenayahPolis siasat guru sepak murid Tahun Tiga

Polis siasat guru sepak murid Tahun Tiga

oleh suara timur

TELUK INTAN: Polis menjalankan siasatan berhubung kes murid lelaki Tahun Tiga yang cedera didakwa disepak guru dalam kejadian di sebuah sekolah di Labu Kubong di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, laporan kejadian itu diterima daripada ibu mangsa berusia 41 tahun pada Ahad lalu.

“Menurut ibu kanak-kanak terbabit, anaknya telah disepak guru lelaki berusia 52 tahun itu ketika berlaku pergaduhan di dalam kelas melibatkan murid Tahun Tiga.

banner

“Tindakan guru tersebut menyebabkan murid berkenaan mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan pesakit luar,” katanya di sini pada Khamis.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan. – Sinar Harian

Tinggalkan komen