IPOH: Kementerian Pendidikan Malaysia menyiasat dakwaan seorang lelaki warga Pakistan merasmikan program sukan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kerian, baru-baru ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau memaklumkan perkara itu kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 Hijrah Peringkat Negeri Perak yang disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah malam ini.
Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki Pakistan diberi penghormatan merasmikan Majlis Sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sama Gagah di Kampung Sama Gagah, Simpang Empat, Semanggol.