Mahkamah dan Jenayah

Lans Koperal, Konstabel didenda RM10,400 selepas mengaku salah 4 pertuduhan khalwat

KANGAR: Dua anggota polis berpangkat Lans Koperal dan Konstabel didenda RM10,400 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Perlis hari ini atas empat pertuduhan berkhalwat di sebuah rumah di Arau dan Kangar, Jun lalu.

Lans Koperal Muhamad Zulhafiz Hairo Azaman bersama pasangan, Konstabel Nurul Amila Zamri masing-masing berusia 25 tahun didakwa mengikut Subseksyen 9 (1) dan 9(2) Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 kerana berkhalwat.

Berdasarkan kesalahan khalwat dalam Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991, kedua-dua tertuduh boleh didenda atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa berkhalwat di sebuah rumah di Taman Muda Asas Pauh, Arau jam 12.01 tengah malam hingga 12.20 tengah malam pada 4 Jun lalu dan di sebuah lagi rumah di Taman Bunga Mawar, Kangar sekitar jam 12.20 tengah malam pada 21 Jun lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Dzuhaili Dzakwan dan Syed Najib Syed Alwi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Dzuhaili Dzakwan dan Syed Najib Syed Alwi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Mohamad Fauzi Ismail menjatuhkan hukuman denda masing-masing RM5,200 atau dua bulan penjara jika gagal membayar bagi semua pertuduhan berkenaan. – Berita Harian

Related Posts