Mahkamah dan Jenayah

Lelaki OKU hilang ketika mandi di Sungai Kuantan


KUANTAN: Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Kuantan dekat Kampung Tanah Putih, di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dan adik lelakinya yang juga OKU ke lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang.

Menurutnya, mangsa, Syed Alwi Syed Mohd Ali Hanafiah, 30, yang berasal dari Kampung Tanah Putih, dilaporkan tenggelam dan dihanyut arus sejurus turun ke sungai untuk mandi.

“Seramai 12 anggota termasuk enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dan Kuantan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 6.09 petang.

“Bomba sudah melakukan pencarian di permukaan air tetapi hingga kini mangsa belum ditemui,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurutnya, hingga jam 10.30 malam ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan. – Metro

Related Posts