Negara

3 hari tak lelap tidur selepas urus jenazah tak dituntut

ALOR SETAR: Pengalaman menguruskan jenazah tidak berbau walaupun sudah lama tidak dituntut bukan sahaja memberikan pengalaman tidak dapat dilupakan malah turut menginsafkan.

Demikian situasi yang pernah dilalui Naib Pengerusi Pertubuhan Primadona Prihatin, Aina Nazirah Yaakop, 35, yang melakukan tugas amal secara sukarela menguruskan jenazah tidak dituntut di hospital selain menguruskan kebajikan asnaf dan anak yatim di negeri ini sejak tahun lalu.

Menurutnya, dia diberi peluang menguruskan empat jenazah yang tidak dituntut yang disimpan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Katanya, dengan menggunakan kit barzakh yang sediakan secara percuma, ahli pertubuhan sukarela itu berpeluang menguruskan jenazah berkenaan sehingga ke tanah perkuburan.

“Masa masa itu saya dan beberapa menguruskan jenazah tidak dituntut yang terdiri dalam kalangan gelandangan, masalah keluarga dan warga asing yang beragama Islam.

“Ada juga jenazah yang sudah lama namun kami uruskan jenazah itu, mandikannya serta kafan seperti biasa. Namun ada jenazah itu langsung tidak berbau walaupun sudah lama dan itu hanya rahsia dia dengan Allah kerana kita tidak tahu apa amalan dia di dunia ini,” katanya di majlis sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 112 anak yatim dari empat rumah anak yatim termasuk dari Jitra, Pendang dan Alor Setar serta Madrasah Maahad Tahfiz di Jalan Langgar dekat sini turut diraikan dan menerima sumbangan duit raya.

Aina Nazirah berkata, pengalaman itu juga membuatkan dia tidak dapat melelapkan mata selama tiga hari kerana baru pertama kali menguruskan jenazah tidak dituntut yang belum pernah dilakukan. – Harian Metro

Related Posts