Home NegaraTiada keperluan PdPR di Terengganu setakat ini

Tiada keperluan PdPR di Terengganu setakat ini

oleh suara timur

KUALA NERUS: Tiada keperluan untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Kamsah @ Kamal Mohamed, berkata Terengganu tidak disenaraikan negeri dalam keadaan yang sangat berisiko berdepan cuaca panas melampau.

“Kita akan sentiasa mendengar saranan daripada Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dan Kementerian Kesihatan (KKM) selain Kementerian Pendidikan (KPM) untuk kita mengambil tindakan segera sekiranya berdepan situasi cuaca panas melampau.

“Kuasa untuk membuat PdPR ataupun mengenai pemakaian uniform atas kuasa sekolah dan JPNT.

banner

“Biasanya kita di jabatan akan pantau, sebenarnya pihak sekolah pun diberi mandat sama,” katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tumbuh, di sini, hari ini.

Menurutnya, sekiranya keadaan cuaca terlalu panas JPNT beri mandat supaya sekolah ditutup dalam tempoh tertentu dan PdPR akan dilaksanakan.

“Buat masa ini tak perlu lagi PdPR kerana proses pembelajaran masih lagi memerlukan pelajar hadir ke sekolah. Insya-Allah selamat setakat ini.

“Cuaca paling tinggi dicatat setakat ini 33 darjah Celsius dan jika mencecah 35 darjah Celsius aktiviti luar mesti dihentikan,” katanya. – Berita Harian

Tinggalkan komen