Mahkamah dan Jenayah

Pekerja lombong bitcoin ditahan di Kuala Nerus, disyaki curi arus elektrik

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja lombong bitcoin ditahan selepas disyaki terbabit mencuri arus elektrik di sebuah premis di daerah Kuala Nerus, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 53 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 10.45 malam hasil pemantauan dan risikan.

Katanya, dalam Op Letrik Bitcoin itu, pihaknya turut merampas 24 mesin dan sebuah telefon bimbit membabitkan nilai keseluruhan rampasan RM15,600.

“Hasil pemeriksaan lanjut dengan bantuan juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan wujud kecurian arus elektrik disyaki menjalankan aktiviti pemasangan mesin bitcoin.

“Kita turut menemui 12 unit mesin bertulis avalonminer, 12 unit alat penyejuk mesin bitcoin dan sebuah telefon bimbit dengan rampasan dianggarkan bernilai RM15,600,” katanya.

Azli berkata lelaki yang ditahan itu bersama barangan kes kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Katanya, pihaknya sudah mendapat perintah remah selama empat hari ke atas pekerja berkenaan sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) Seksyen 427 KK dan Sekeyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.

Polis berjaya melumpuhkan sindiket perlombongan haram mata wang kripto bitcoin dalam Op Lektrik di Taman Sejati, Kampung Wakaf Baru, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu,
Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melakukan serbuan di premis tersebut pada pukul 3 pagi.

Menurutnya, hasil serbuan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri elektrik bagi tujuan perlombongan mata wang kripto Bitcoin.

“Suspek dikesan mencuri elekterik dengan melakukan penyambungan elektrik secara haram dengan nilai kerugian besar kepada pihak TNB,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli memberitahu, polis turut merampas sebanyak 12 unit mesin perlombongan bitcoin, 12 unit alat penyejuk mesin bitcoin, komputer dan telefon bimbit yang bernilai keseluruhan sebanyak RM15,600.

“Suspek telah direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah
Kes disiasat bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 427 KK dan 37 Akta Bekalan Elektrik 1990. – Berita Harian

Related Posts