Home Mahkamah dan Jenayah1MDB: Najib dijel 15 tahun, denda RM11.38 bilion

1MDB: Najib dijel 15 tahun, denda RM11.38 bilion

oleh suara timur

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dihukum 15 tahun dan denda RM11.38 bilion atas 25 pertuduhan RM2.3 billion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bertindak selaku Mahkamah Tinggi memutuskan demikian selepas mendengar mitegasi hukuman daripada pihak pembelaan dan hujahan pemberatan pendakwaan selain mengambil kira kepentingan awam.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara serentak itu bermula selepas Najib menjalani hukuman pemenjaraan dana SRC International Sdn. Bhd.

Sekiranya Najib gagal membayar jumlah denda itu tertuduh boleh dipenjara 40 tahun.

banner

Terdahulu, pihak pembelaan Najib berhujah tiada bukti bahawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu mengalihkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk kemewahan peribadi atau mengaut kekayaan secara rahsia.

memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda hingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram pula, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 22 Mac 2013 hingga 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Kosmo

Tinggalkan komen