Mahkamah dan Jenayah

Pelajar perempuan ditemukan meninggal dunia di Jelebu

SEREMBAN: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Kuala Klawang, Jelebu, malam Sabtu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai perubatan Hospital Jelebu mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.50 malam.

Siasatan awal mendapati, mangsa dijumpai dalam keadaan tergantung di dalam bilik di rumah teres setingkat yang didiami bersama keluarganya.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau unsur jenayah, manakala barangan peribadinya juga tidak hilang.

“Proses bedah siasat yang dijalankan pada Ahad mengesahkan punca kematian adalah disebabkan gantung diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan atau menyinggung sensitiviti keluarga mangsa.- Berita RTM

Related Posts