Negara

Lantikan KPN: Nanti saya tanya Agong – PM

ISKANDAR PUTERI: Teka-teki mengenai siapa yang bakal dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) bagi menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang akan bersara pada 22 Jun ini masih menjadi tumpuan.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran masih belum menyerahkan senarai nama kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Oh ya…Istana beritahu dah?,” soalnya.

Beliau berkata demikian bagi memberi respons terhadap soalan pemberita bahawa beliau sudah menyerahkan senarai nama kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Ditanya adakah senarai itu sudah diserahkan, Anwar hanya menjawab: “Nanti saya akan tanya Agong.”

Razarudin yang bakal menamatkan perkhidmatannya secara kontrak selama dua tahun pada 22 Jun ini.

Antara nama yang disebut bakal dilantik ke jawatan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, 59, yang memegang jawatan tersebut sejak 23 Jun 2023.

Selain Ayob Khan, turut disebut ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Pengarah Cawangan Khas, Datuk  Seri Mohd. Khalid Ismail. – Kosmo

Related Posts