KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin memberi amaran keras terhadap masa depan bola sepak negara yang disifatkan kini berada dalam keadaan kritikal dan bakal ‘mati’ jika tiada langkah pembaharuan segera dilakukan.
Menurutnya, semakin banyak pasukan tidak mampu bertahan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) kerana kekangan kewangan setiap tahun semakin meruncing.
“Kita lihat makin banyak pasukan tak mampu bertahan. Bila pasukan besar pun angkat tangan tak mahu main dalam liga tempatan, itu tanda ada masalah besar,” katanya.
Khairy yang pernah menguruskan kelab MyTeam sekitar tahun 2006-2009, berkata kos operasi kelab kini meningkat berkali ganda berbanding masa musim sebelum ini, manakala sokongan penonton dan penaja pula semakin merosot.
“Dulu masa saya urus MyTeam, bajet tahunan kami sekitar RM3 hingga RM4 juta. Sekarang, RM20 juta pun belum tentu cukup.
“Bila kerajaan negeri tak bantu, penaja pun tak mahu keluar duit, dan stadium pula kosong – siapa yang nak tengok? Ia dah jadi satu kitaran yang merosakkan,” katanya.
Beliau merujuk kepada pasukan ternama seperti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Sri Pahang FC dan Perak FC yang dikatakan berdepan masalah kewangan.
Malah, Perak sudah sah tidak akan memohon lesen kebangsaan untuk musim 2025–2026, sekali gus mengundang persoalan mengenai penyertaan mereka musim depan.
“Dulu masa saya urus MyTeam, bajet tahunan kami sekitar RM3 hingga RM4 juta. Sekarang, RM20 juta pun belum tentu cukup.
“Bila kerajaan negeri tak bantu, penaja pun tak mahu keluar duit, dan stadium pula kosong – siapa yang nak tengok? Ia dah jadi satu kitaran yang merosakkan,” katanya.
Beliau merujuk kepada pasukan ternama seperti Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Sri Pahang FC dan Perak FC yang dikatakan berdepan masalah kewangan.
Malah, Perak sudah sah tidak akan memohon lesen kebangsaan untuk musim 2025–2026, sekali gus mengundang persoalan mengenai penyertaan mereka musim depan. – Harian Metro