KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini menyatakan sasaran pingat bagi Sukan Sea 2025 di Thailand masih lagi kepada jumlah pingat keseluruhan dan bukannya mengikut warna pingat.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, penetapan ini turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).
“Penetapan sasaran pingat emas memberikan tekanan berlebihan kepada atlet untuk mempamerkan prestasi terbaik di temasya sukan antarabangsa nanti.
“Pendekatan seperti ini juga merupakan amalan yang telah lama dilaksanakan di beberapa negara seperti Jepun, Korea, Iran, Singapura dan Hong Kong,” katanya sewaktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai sasaran Malaysia bagi temasya Sukan Sea 2025 dan tahap kesiapsiagaan KBS susulan keputusan Thailand yang telah melakukan rombakan membabitkan acara yang akan dipertandingkan di luar jangkaan dengan menambah 15 acara serta menggugurkan 10 acara lain.
Mengulas lanjut, Hannah berkata, antara sukan dijangka akan menyumbang bilangan pingat yang banyak kepada kontinjen negara adalah akuatik-terjun, berbasikal-trek, hoki, memanah, menembak, pelayaran, skuasy dan tenpin boling.
“Sehingga kini, seramai 350 atlet di bawah Program Podium daripada 19 jenis sukan dan seramai 261 atlet pelapis kebangsaan daripada 15 jenis sukan sedang giat menjalani program latihan di bawah bimbingan jurulatih yang berpengalaman,” katanya.
Selain itu katanya, bagi memastikan prestasi altet berada di tahap yang baik, Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Institut Sukan Negara (ISN) dan jurulatih telah membuat perancangan tahun 2025 menerusi pelan periodisasi pada 13 November 2024.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai sasaran Malaysia bagi temasya Sukan Sea 2025 dan tahap kesiapsiagaan KBS susulan keputusan Thailand yang telah melakukan rombakan membabitkan acara yang akan dipertandingkan di luar jangkaan dengan menambah 15 acara serta menggugurkan 10 acara lain.
Mengulas lanjut, Hannah berkata, antara sukan dijangka akan menyumbang bilangan pingat yang banyak kepada kontinjen negara adalah akuatik-terjun, berbasikal-trek, hoki, memanah, menembak, pelayaran, skuasy dan tenpin boling.
“Sehingga kini, seramai 350 atlet di bawah Program Podium daripada 19 jenis sukan dan seramai 261 atlet pelapis kebangsaan daripada 15 jenis sukan sedang giat menjalani program latihan di bawah bimbingan jurulatih yang berpengalaman,” katanya.
Selain itu katanya, bagi memastikan prestasi altet berada di tahap yang baik, Majlis Sukan Negara (MSN) bersama Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Institut Sukan Negara (ISN) dan jurulatih telah membuat perancangan tahun 2025 menerusi pelan periodisasi pada 13 November 2024. – Harian Metro