Mahkamah dan Jenayah Negara

‘Kami masih terkejut’ – Isteri mangsa maut ditimpa pokok tumbang

PASIR PUTEH: Keluarga mangsa maut ditimpa dahan pokok tumbang ketika menunggang motosikal berhampiran Balai Polis Marin Tok Bali di sini, semalam, masih terkejut dengan kejadian menimpa Allahyarham Ramli Mohd Rahim.

Isterinya, Salmah Manaf, 52, berkata, arwah suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika kali terakhir bertemu pada 3 petang kelmarin.

Menurutnya, menjadi rutin arwah untuk ke padang berhampiran tempat kejadian kerana dia ada menjaga lebih 10 ekor lembu peliharaan milik penduduk kampung.

PROGRAM Saringan Kesihatan Klinik Bergerak Orang Asli Sungai Pergam di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Pergam, Kemaman.

“Tak lama selepas dia (suami) pergi, jiran datang beritahu suami terbabit kemalangan dihempap pokok gelam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Semerak di sini, hari ini.

Salmah berkata, arwah hanya bekerja kampung dan meninggalkan tujuh anak berusia antara 15 hingga 26 tahun.

Jenazah Ramli selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semerak di sini, pagi hari ini.

Dalam kejadian itu, Ramli, 51, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dihempap pokok ketika menunggang motosikal pada 4.18 petang.

Sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tok Bali menggunakan gergaji berantai untuk memotong dahan pokok yang menimpa mangsa dan motosikalnya. – Metro

Related Posts