BESUT: Tiga maut manakala satu kritikal dalam kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian, di sini, semalam.
Difahamkan insiden dipercayai berlaku selepas kejadian ribut di hadapan sebuah resort, kira-kira jam 10 malam.

Berdasarkan maklumat awal, bot berkenaan dinaiki 16 orang termasuk seorang pemandu bot.
Menurut sumber, mangsa masih berada di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian menunggu bantuan untuk dihantar ke Jeti Kuala Besut. – Harian Metro