Home PolitikDr. Sam pengerusi baharu PN

Dr. Sam pengerusi baharu PN

oleh suara timur

PETALING JAYA: Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa serta-merta dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi gabungan itu, hari ini.

Menerusi satu kenyataan media oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang di laman media sosial, beliau berkata, pelantikan itu dibuat sebulat suara selepas mesyuarat meluluskan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Pengerusi PN yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Mesyuarat tersebut dihadiri semua ahli Majlis Tertinggi termasuk empat Presiden parti komponen iaitu Muhyiddin selaku Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas), Datuk Dr. Dominic Lau (Presiden Gerakan) dan P. Punithan (Presiden MIPP).

Katanya, agenda utama mesyuarat adalah bagi meluluskan peletakan jawatan Muhyiddin serta melantik pengerusi baharu bagi menerajui gabungan berkenaan.

banner

“Mesyuarat seterusnya dengan sebulat suara melantik YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa serta-merta,” ujarnya. – Kosmo

Tinggalkan komen