Home NasionalLelaki terlibat kes dadah maut ditembak

Lelaki terlibat kes dadah maut ditembak

oleh suara timur

SEREMBAN: Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes dadah maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Garden Homes, Seremban 2 di sini pada Ahad.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.50 petang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.


“Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam satu sidang media yang akan dibuat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada jam 11.45 pagi esok,” katanya.

banner

Beliau turut meminta orang ramai supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian terbabit.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi kira-kira jam 3.15 petang mendapati beberapa kenderaan polis berada di kawasan berkenaan, turut kelihatan Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman. – Suara Timur

Tinggalkan komen