Nasional

Sampai bila petani hendak naik kapcai

YAN: Kerajaan negeri menyangkal dakwaan dibuat Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar ba-
hawa pesawah terlalu mengejar harga berbanding berusaha meningkatkan hasil padi, ekoran tuntutan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,800.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Kedah, Dzowahir Ab Ghani berkata, permintaan para petani itu berasas kerana pendapatan mereka di bawah paras kemiskinan tegar.

“Pendapatan bulanan petani ini kalau dikira betul-betul cuma RM300 sahaja sebulan. Bukan mereka saja-saja minta, sudah berapa lama petani hidup dalam kelompok kemiskinan.

“Mereka bukan hendak kejar harga kerana apabila kerajaan mengumumkan penyelarasan harga diesel, semua kos meningkat termasuk pengangkutan.

“Upah membajak serelung sekarang RM200 daripada RM100. Petani juga teringin
hendak berasa naik Toyota Al-phard, sampai bila hendak naik kapcai sahaja? Benih padi dulu RM40 tetapi sekarang mana boleh harga itu, sekarang RM60, jadi petani hendak makan apa,” katanya pada perhimpunan aman menuntut kenaikan harga
lantai belian padi di Bukit Besar, di sini.

Tambah Dzowahir, harga belian padi yang rendah semakin menekan golongan itu dan
bakal bertambah parah sekiranya tidak ditangani sebaiknya oleh kerajaan.

“Kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dari masa ke
semasa. Kita pun tidak duduk diam dan kita sudah suarakan dengan asas yang kukuh, kerajaan kena pertimbangkan.

“Tetapi keadaan sekarang seolah-olah petani yang memberi subsidi kepada kerajaan kerana mereka menanggung kos yang
tinggi, sepatutnya kerajaan yang beri subsidi,” katanya. – Utusan

Related Posts