PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua lawatan rasmi menteri ke luar negara dihentikan sementara berkuat kuasa serta merta.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.
“Ini adalah bagi memastikan menteri-menteri memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program dan juga persiapan menuju Belanjawan 2026 pada 10 Oktober depan.
“Arahan itu juga sebagai persiapan menuju Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada akhir Oktober,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, hari ini. – Kosmo
