Mahkamah dan Jenayah

Tujuh lelaki ditahan operasi dadah di Tasik Kenyir

HULU TERENGGANU: Polis menahan tujuh lelaki dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Penyalahgunaan Dadah di Tasik Kenyir, di sini,  semalam,

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, operasi tersebur yang disertai 34 pegawai dan anggota, turut dibantu Pasukan Polis Marin Wilayah Timur dengan menumpukan kawasan sekitar Pengkalan Gawi.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil sebagai usaha memastikan kawasan pelancongan terkenal itu tidak dicemari aktiviti penagihan dadah

Menurutnya, semua individu yang ditahan adalah warga tempatan berusia antara 20 hingga 50 tahun.

“Operasi ini bertujuan mencegah, membanteras dan membendung aktiviti jenayah serta penyalahgunaan dadah di kawasan Tasik Kenyir yang menjadi tumpuan pelancong.

“Dalam masa sama, ia juga untuk memastikan keselamatan masyarakat setempat dan pelancong yang berkunjung,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau memberitahuu, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sharudin berkata, selain menahan tujuh individu terbabit, polis turut melakukan pemeriksaan terhadap beberapa orang mencurigakan serta mengambil tindakan terhadap mereka yang dalam senarai dikehendaki. – Suara Timur

Related Posts