Negara

Gadis cantik tebar roti canai tular, 1,000 keping sold out sehari

KUALA TERENGGANU: Tanpa diduga, rakaman aksi menebar roti canai seorang gadis yang dimuat naik di TikTok membuatkan Nor Syazwani Ab Ghani tidak menang tangan melayan permintaan pelanggan terhadap menu sarapan pagi itu

Menurut gadis berusia 19 tahun itu, jualan roti canai di gerai milik keluarganya di Indera Mahkota 2, Kuantan, mencecah dua kali ganda berbanding sebelumnya.

Kini Nor Syazwani tidak menang tangan menyediakan menu sarapan pagi itu.

Anak keenam daripada lapan beradik itu mengakui ia disebabkan kuasa tular daripada pengguna laman sosial selepas videonya dikongsi oleh warga maya.

“Pada awal kami buat hanya 10 kilogram (kg) tepung sahaja. Selepas video saya muncul viral, kami mendapat sambutan mengejut.

“Ada yang datang daripada Facebook dan TikTok. Pelanggan-pelanggan dari luar kawasan pun ada juga. Kini kami meningkatkan pengeluaran kepada 30kg,” katanya.

Baru-baru ini tular sebuah video berdurasi 17 saat yang memaparkan Nor Syazwani menunjukkan kemahirannya menebar roti canai.

Rakaman yang meraih 2.5 juta telah dikongsi secara meluas di platform media lain. – Sinar Harian

Related Posts