PUTRAJAYA: Pengetua dan Guru Besar boleh menurunkan kuasa kepada guru untuk mendisiplinkan murid berdasarkan kepada keperluan.
Itu antara beberapa langkah tambahan untuk menangani isu disiplin murid dan meningkatkan aspek keselamatan di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperkukuhkan program saringan kesihatan mental bermula dari Tahun Satu hingga Tingkatan Enam termasuk intervensi dan sokongan psikososial yang berterusan untuk murid.
KPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan aspek keselamatan institusi pendidikan dan menangani isu disiplin murid.
“Semua pihak diseru untuk berkerjasama memastikan hasrat mewujudkan ekosistem selamat di semua institusi pendidikan dapat direalisasikan,” katanya. – Utusan
