Home Mahkamah dan JenayahPolis tahan jurulatih bola sepak disyaki liwat, cabul remaja 15 tahun

Polis tahan jurulatih bola sepak disyaki liwat, cabul remaja 15 tahun

oleh suara timur

KOTA TINGGI: Polis menahan seorang jurulatih bola sepak kerana disyaki meliwat dan mencabul seorang remaja lelaki di sebuah pondok di hadapan kediamannya di Kampung Gembut, Tanjung Sedili di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusuf Othman berkata laporan dibuat sendiri oleh mangsa yang berusia 15 tahun, sehari selepas kejadian.

Polis kemudian katanya, menahan lelaki berusia lingkungan 50-an itu ketika berada di kampung berkenaan pada hari yang sama bagi membantu siasatan.

“Mereka merupakan jiran dan kejadian ini pertama kali berlaku. Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

banner

Susulan itu, Yusuf berkata satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari hingga hari ini. – Berita Harian

Tinggalkan komen