Mahkamah dan Jenayah Negara

Penjual belon buat laporan polis pertama dakwa dipukul, dikasari

KUALA LUMPUR: Penjual belon, Muhamad Za’imuddin Azlan, hari ini tampil membuat laporan polis pertama berhubung insiden kekecohan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) di sini, pada malam 28 Mac lalu.

Muhamad Za’imuddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, selepas menjalani rawatan akibat kecederaan tulang di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang bermula 29 Mac hingga kelmarin.

Peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata sebelum ini ada beberapa laporan polis dibuat tetapi bukan dibuat oleh Muhamad Za’imuddin.

Sementara itu Muhammad Rafique mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan Muhamad Za’imuddin memiliki 13 rekod jenayah lampau yang selalunya digunakan sebagai faktor pemberatan pihak pendakwa raya yang menginginkan hukuman lebih tinggi terhadap kes bakal dihadapi.

“Walaupun ada kes lampau, dah masuk penjara ke, atau dah kena hukuman denda ke, itu tidak langsung menghalalkan sebarang perbuatan yang melampaui oleh mana-mana orang terutamanya pihak penguat kuasa.

“Adakah kerana dia (Muhamad Za’imuddin) ini hina sangat, dah jadi penjenayah sangat, maka dia boleh diperlakukan sebegitu rupa,” katanya dalam sidang media selepas menemani Muhamad Za’imuddin membuat laporan polis di sini, hari ini.

Beliau berkata, ada netizen turut mempersoalkan kononnya kecederaan yang dialami Muhamad Za’imuddin seperti patah tulang dan patah pinggang adalah lakonan semata-mata.

Katanya, tindakan membuat laporan polis bukanlah semata-mata untuk diri Muhamad Za’imuddin tetapi juga sebagai satu tindakan peringatan kepada semua pihak penguat kuasa yang berasakan mereka mempunyai kuasa penguatkuasaan supaya tidak sesekali bertindak melampaui tugas sebenar.

Katanya, pada 18 April ini, Muhamd Za’imuddin bakal menjalani pembedahan penyakit hernia yang dihadapinya namun ia terpaksa ditunda akibat kesan kecederaan tulang akibat insiden 28 Mac lalu.

Doktor juga menyatakan, jika dikira tahap kesakitan dialami Muhamad Za’imuddin pada skala 10, kesakitannya pada masa ini berada antara skala 8 dan 9 sehingga dia diberikan cuti sakit sehingga 48 hari. – Berita Harian

Related Posts