PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan seramai 23 sukarelawan daripada Malaysia yang menyertai konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) telah ditahan Israel.
Perkara itu dimaklumkan Anwar dalam satu sesi siaran langsung yang disiarkan di Facebook dan YouTube rasminya petang tadi.
Beliau berkata, susulan itu pihaknya telah bertindak menghubungi beberapa pemimpin negara untuk meminta campur tangan mereka bagi mendesak pembebasan kesemua sukarelawan yang ditahan.
“Sejak saya menerima maklumat penahanan 23 anak-anak Malaysia di atas kapal Sumud Flotilla, bersama dengan rakan-rakan lain dari seluruh dunia saya terus menghubungi Perdana Menteri Qatar, dan saya petang ini akan berhubung dengan Presiden Mesir, bersama dengan Menteri Luar menghubungi beberapa negara lain,” katanya.
Sementara itu, Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kesemua 23 delegasi Malaysia telah ditahan rejim Israel selepas lebih 20 jam insiden pintasan berlaku.
Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby dalam sidang akhbar malam tadi berkata, pengesahan rasmi diterima pada pukul 4.25 petang waktu Malaysia bahawa semua delegasi kini berada dalam tahanan.
Senarai penuh rakyat Malaysia yang telah ditahan:
Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana) – Kapal Huga
Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman – Kapa Alma
Iylia Balqis Suhaimi – Kapal Alma
Sul Aidil – Kapal Alma
Haikal Abdullah – Kapal Sirius
Muhammad Muaz Zainal Abidin – Kapal Sirius
Zulfadhli Khiruddin – Kapal Sirius
Rusydi Ramli – Kapal Sirius
Nur Heliza Helmi – Kapal Hio
Nur Hazwani Afiqah Helmi- Kapal Hio
Nurfarahin Romli (Farah Lee) – Kapal Grande Blu
Danish Nazran Murad – Kapal Grande Blu
Rahmat Ikhsan (PU Rahmat) – Kapal Estrelle
Norhelmi – Kapal Estrelle
Mohd Asmawi – Kapal Estrelle
Norazman – Kapal Estrelle
Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardell Aryana) – Kapal Mikeno
Razali Awang – Kapal Inana
Muhd Haikal Luqman Zulkefli – Kapal Free Willy
Dr Taufiq Mohd Razif – Kapal Free Willy
Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs) – Kapal Free Willy
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) – Kapal Fair Lady
Muhammad (Ustaz Mad Kechik) – Kapal Fair Lady