KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan jumlah sitaan sebanyak RM483,386,441 dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, dengan nilai sitaan tertinggi melibatkan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, jumlah sitaan berkenaan dicatatkan dari 1 Januari hingga 31 Mac lalu di bawah Akta SPRM 2009.
“Untuk kes Datuk Seri Ismail Sabri, kita telah sita sebanyak lebih kurang RM177 juta, yang telah saya tunjukkan dalam sidang akhbar baru-baru ini tentang jumlah yang kita telah sita merupakan wang tunai dan termasuk jongkong emas itulah yang termasuk dalam RM487 juta ini.
“Paling besar sitaan sekarang ini adalah kes Datuk Seri Ismail Sabri, iaitu RM177 juta.
“Itu jumlah yang paling besar sitaan kes,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Cakna Rasuah SPRM Bersama Media Sabah, di sini, pada Khamis. – Sinar Harian