Negeri

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Klinik Kesihatan Batu 2 ½, Kemaman meriah

Oleh MUKHATAR A. RAHMAN

KEMAMAN: Program Hari Bersama Pelanggan, Sesi Ramah Mesra Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Klinik Kesihatan Batu 2 ½, di sini, berlangsung  dalam suasana yang meriah dan harmoni, hari ini.

Pengerusinya, Wan Norsuriya Wan Mokhtar berkata, program tersebut merupakan anjuran kedua PPKK bagi sesi 2025/2027 selepas Program Memasak Bubur Assyura pada Julai lepas.

“Acara Sambutan Bulan Kemerdekaan diadakan setiap tahun bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan kakitangan klinik dan ahli PPKK dan sambutan ini merupakan kali keempat berturut-turut,” katanya ketika ditemui Suara Timur.

WAN NORSURIYA WAN MOKHTAR

Program ini mendapat sokongan dan kerjasama Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Nini Shuhaida Mat Harun selaku Ketua Klinik Kesihatan Batu 2 ½, dan seluruh kakitangannya.

Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Nini Shuhaida Mat Harun (kiri) dan Pengerusi PPKK, Wan Norsuriya Wan Mokhtar memasang Jalur Gemilang di Klinik Kesihatan Batu 2 ½, Kemaman. – SUARA TIMUR/ MUKHATAR A. RAHMAN

Beliau memberitahu, bagi memeriahkan  Sambutan Bulan Kemerdekaan itu, PPKK juga mengadakan lawatan dan ramah mesra ahli PPKK ke semua  unit di Klinik dan serahan bendera Malaysia kepada ketua unit MCH, UPL, NCD, Makmal, X-ray. TB, Farmasi, Klinik Pergigian.

“Kakitangan klinik dan PPKK juga turut mengagihkan Jalur Gemilang kepada pelanggan klinik dan mewarwarkan tentang Suntikan Imunisasi Measles Rubella (MR) secara percuma kepada kanak-kanak di bawah 5 tahun,” ujarnya. – Suara Timur

Related Posts