Negara

PM sedih tragedi enam beranak maut di Sungai Korok


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga enam beranak yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di Sungai Korok, dekat Jitra, Kedah, hari ini.

Menerusi hantaran di platform X, Anwar turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga mangsa diberikan ketabahan menghadapi ujian berat itu.

“Saya amat sedih dan berdukacita menerima khabar tragedi menyayat hati melibatkan enam sekeluarga ini.

“Moga mereka dikurniakan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini, dan roh semua mangsa dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya. – Harian Metro

Related Posts