Negeri Politik

Projek bebas cukai Kenyir gagal selepas kerajaan Terengganu tamat kontrak pembinaan

KUALA TERENGGANU: Keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pembinaan projek bebas cukai Kenyir pada 2022 menjadi punca sebenar projek tersebut gagal.

Mengikut Laporan Audit Negara (LKAN) 2022,
kerajaan negeri dalam mesyuarat Exco telah membuat keputusan menamatkan kontrak pembinaan sedia ada pada 6 Mei 2020.

Menurut laporan page Facebook Greater Terengganu Development, surat penamatan bersama telah diberi kepada kontraktor pada  3 Jun 2020.

“Bermula tarikh ini, secara rasminya boleh dikatakan projek terbengkalai kerana kontraktor sudah tidak membuat apa-apa kerja di tapak. Bukan 2018 terbengkalai ye, tapi 2020.

“Mengikut Perkara 12.6.1.(c) Garis Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya, apabila kontraktor menamatkan kerja di tapak, pemilik projek (kerajaan negeri) hendaklah menyediakan kawalan keselamatan 24 jam,” katanya.

Greater Terengganu Deloptment memberitahu, lawatan Audit di tapak projek tersebut pada 22 Mei 2023, mendapati ia tidak dilaksanakan oleh kerajaan negeri

“Ini menyebabkan berlaku kerosakan / kecurian yang sangat besar hingga kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian yang lebih tinggi

“Lebih menyedihkan, kerosakan & kecurian ini tidak pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa (PDRM),” ujarnya.

Tambahnya, kecuaian ini seharusnya tidak berlaku kerana ia adalah wang rakyat. Semoga kerajaan negeri dapat membetulkan semula kesilapan yang berlaku.

Projek Bebas Cukai Pulau Bayas itu bernilai RM243 juta. – Suara Timur

Related Posts