KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menerima dana Petroleum hampir RM9.1 bilion daripada kerajaan Persekutuan dalam tenpoh 2018 hingga 2023.
Menurut pendedahan yang dikongsikan admin Facebook Geater Terengganu Development, sebahagian besar dana ini diguna untuk membiayai operasi kerajaan negeri.
Dakwanya, pada tahun 2023, sebagai contoh, RM651 juta atau 81% daripada dana petroleum yang diterima digunakan untuk membayar emolumen / gaji.
Katanya, kos emolumen / gaji yang berlaku kerana pertambahan mendadak lantikan politik patut dipandang serius.
“Terengganu mempunyai lantikan penjawat antara yang tertinggi di Malaysia. Tanggungan kewangan yang besar ini harus dijimatkan supaya dapat dilabur ke sektor ekonomi.
“Ini supaya manfaatnya dinikmati seluruh rakyat dan bukannya oleh segelintir pihak sahaja.
“Semoga kerajaan Terengganu dimudahkan urusan bagi memberi khidmat bakti terbaik untuk rakyat Terengganu,” jelasnya.
Sementara itu, menerusi komen yang dimuat naik seorang pengikut Facebook Geater Terengganu Developmen dikenali sebagai Perwaja berkata, dana sebesar itu sepatutnya boleh transform ekonomi negeri ke tahap lebih maju, tapi hakikatnya pembangunan yang dirasai rakyat masih jauh daripada memuaskan.
“Kalau betul dana sebanyak ni digunakan dengan berkesan, kita patut dah tengok perubahan besar dalam sektor industri, pekerjaan, infrastruktur, dan taraf hidup rakyat.
“Tapi bila tengok realiti, ekonomi negeri masih bergantung kepada sektor tradisional tanpa banyak inisiatif baru yang boleh menjana pendapatan jangka panjang.
“Bila ada yang kata kerajaan pusat gagal, persoalannya sekarang, dana sebanyak ini digunakan untuk apa sebenarnya? Bantuan kepada rakyat? Pelaburan untuk masa depan negeri? Atau lebih kepada perbelanjaan operasi yang akhirnya tak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan?
“Yang paling jelas, rakyat masih tertanya-tanya di mana kesan pembangunan yang sepatutnya setimpal dengan jumlah wang yang diterima? Last-last, benda yang paling nampak cuma kereta Mercedes bertambah” tulisnya. – Suara Timur