Home Mahkamah dan Jenayah2 inspektor, 5 anggota polis disyaki terbabit penyalahgunaan dadah

2 inspektor, 5 anggota polis disyaki terbabit penyalahgunaan dadah

oleh suara timur

KUANTAN: Dua pegawai dan lima anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat  polis di premis perniagaan di Mentakab pada 2.15 pagi.

Menurutnya, dua inspektor serta lima anggota berusia antara antara 29 dan 42 tahun manakala lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand berusia 22 dan 37 tahun.

“Saringan ujian air kencing seorang pegawai dan lima anggota terbabit didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo.

“Turut disahkan positif dadah ialah lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand ditahan dalam serbuan itu.

banner

“Bagaimanapun hasil saringan air kencing seorang pegawai polis dan seorang lagi wanita warga Thailand didapati negatif dadah,” katanya ketika dihubungi.

Yahaya berkata, hasil serbuan itu, polis turut merampas satu paket ketamin seberat 0.98 gram dan satu jag berisi cecair disyaki mengandungi dadah.

Menurutnya, dua pegawai dan lima anggota terbabit direman dua hari bermula semalam.

Katanya, lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand pula direman empat hari juga bermula semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah serta Seksyen 15(1) (a) kerana positif dadah. – Metro

Tinggalkan komen